Isnin, Oktober 5, 2026

Rakan Cristiano Ronaldo Dikesan Berlatih Bersama JDT, Bakal Jadi Rekrutan Baru?

Seorang rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dilaporkan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tular gambar beliau menyarung jersi skuad Harimau Selatan.

Pemain yang dimaksudkan ialah Alvaro Gonzalez, pertahanan kental berusia 35 tahun yang pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama Eropah seperti Marseille dan Lazio. Media Sepanyol baru-baru ini memberikan bayangan bahawa Gonzalez telah menyertai JDT sebagai sebahagian daripada rombakan skuad untuk memperkukuh pasukan.

Laporan dari Relevo menyebut bahawa tiga pemain Sepanyol terkenal akan berlepas ke Malaysia untuk menyertai JDT. Dalam laporan tersebut, Gonzalez disebut bersama Jonathan Viera dan Roque Mesa sebagai antara muka baharu yang bakal memperkuat juara Liga Super Malaysia itu.

Spekulasi semakin kuat selepas laman peminat Alvaronfc21 memuat naik gambar Gonzalez memakai jersi nombor 27 JDT. Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada kelab mengenai status bekas pertahanan Villarreal itu.

Langkah ini dipercayai sebagai sebahagian daripada persiapan JDT menghadapi saingan AFC Champions League Elite (ACLE), di mana mereka bakal berdepan Central Coast Mariners pada 11 Februari ini. Jika benar Gonzalez menyertai JDT, ini pastinya satu tambahan besar dalam usaha mereka mengukuhkan benteng pertahanan untuk aksi di peringkat Asia.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU