Isnin, Oktober 5, 2026

Jojo Bangga Bawa Nama Malaysia ke Pentas Dunia, Baju Melayu Jadi Identiti

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, meluahkan rasa bangganya dapat membawa nama negara dan budaya Melayu ke pentas dunia.

Setiap kali menghadiri sidang media pra-perlawanan ONE Championship, atlet berusia 18 tahun ini memilih untuk mengenakan baju Melayu sebagai simbol penghormatan terhadap tradisi dan identiti bangsanya.

Menurut Johan, pemakaian baju Melayu bukan sekadar fesyen, tetapi satu bentuk penghormatan kepada budaya yang diwarisi. “Jojo bangga jadi orang Malaysia dan Jojo bangga jadi orang Melayu. Bila Jojo bertanding di pentas dunia, Jojo nak bawa nama Malaysia dan tradisi Melayu sekali,” katanya.

Walaupun baru-baru ini tewas kepada Johan Estupinan dari Colombia dalam aksi ONE Championship di Bangkok, Johan tetap bersemangat untuk bangkit semula. Beliau kini berusaha mempelbagaikan strategi bagi memastikan langkahnya terus cemerlang dalam dunia Muay Thai.

Dengan semangat juang tinggi dan komitmennya terhadap budaya sendiri, Johan Ghazali bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa, tetapi juga membuktikan bahawa warisan bangsa tetap boleh dibanggakan di mana sahaja.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU