Isnin, Oktober 5, 2026

Baju Raya Bertemakan ‘Ultraman’ Curi Perhatian, Netizen Teruja Nak Beli Tapi!

Bulan Ramadan semakin hampir, dan ramai sudah mula mencari inspirasi baju raya untuk tampil unik pada pagi Syawal. Namun, satu rekaan baju raya bertemakan Ultraman telah menjadi perbualan hangat di media sosial selepas seorang pengguna TikTok memuat naik gambar rekaan baju yang menggabungkan elemen ikonik adiwira Jepun itu.

Dalam gambar yang dikongsi, rekaan baju raya ini menampilkan ciri-ciri khas Ultraman, termasuk butang “Color Time” di dada, garisan futuristik, serta bentuk armor yang menyerupai sut asal karakter tersebut. Apa yang lebih menarik, baju ini hadir dalam beberapa pilihan warna seperti oren, kelabu, ungu, dan hitam yang membuatkan ramai teruja untuk mendapatkannya.

Tidak mengejutkan, gambar tersebut segera mencetuskan sensasi dengan lebih 1.2 juta tontonan, 55,000 tanda suka, dan ribuan komen daripada netizen yang ingin tahu di mana mereka boleh membeli baju tersebut. Ada yang bergurau meminta “beg kuning” kerana sudah bersedia untuk membuat tempahan, manakala yang lain terus mendesak agar pereka baju tempatan segera merealisasikan rekaan ini.

Namun, keterujaan bertukar sedikit kecewa apabila ramai menyedari bahawa baju raya Ultraman ini sebenarnya hanyalah hasil janaan kecerdasan buatan (AI) dan bukan produk sebenar. Walaupun begitu, minat yang luar biasa terhadap rekaan ini menunjukkan bahawa permintaan untuk baju raya bertemakan karakter adiwira masih tinggi.

Netizen masih berharap agar pereka fesyen tempatan mengambil inspirasi daripada konsep ini dan mengubahnya menjadi kenyataan. Dengan populariti adiwira seperti Ultraman yang merentas generasi, tidak mustahil kita akan melihat baju raya bertemakan Ultraman di Aidilfitri tahun ini.

Jika baju raya Ultraman untuk lelaki sudah mencetuskan fenomena, bagaimana pula dengan versi untuk wanita? Adakah bakal muncul rekaan baju kurung bertemakan adiwira yang sama? Mungkin tahun ini, Syawal bakal lebih meriah dengan fesyen raya ala superhero!

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU