Sabtu, Oktober 3, 2026

Dollah Salleh Sah Dilantik Sebagai Naib Presiden FAM

Legenda bola sepak Malaysia, Dollah Salleh, telah dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029. Keputusan ini diumumkan selepas Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM selesai dijalankan.

Dollah, yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengendali Harimau Malaya, memperoleh 16 undian, menjadikannya calon dengan undian ketiga tertinggi. Dua lagi individu yang turut terpilih sebagai Naib Presiden FAM ialah Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail dan Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin, masing-masing menerima 17 undian. Sementara itu, N. Saaran mendapat undian keempat tertinggi dengan 13 undian, mengatasi Syed Yazid Syed Omar yang hanya menerima sembilan undi.

Dengan keputusan ini, Rosmadi, Azhar, Dollah, dan Saaran secara rasmi mengisi jawatan Naib Presiden FAM yang baharu.

Pelantikan Dollah Salleh disambut baik oleh peminat bola sepak tempatan kerana beliau menjadi bekas pemain pertama yang menjawat jawatan ini. Sepanjang kariernya, Dollah dikenali sebagai pemain bola sepak hebat pada era 80-an dan 90-an serta seorang jurulatih berkaliber.

Dalam bidang kejurulatihan, Dollah pernah membimbing beberapa pasukan ternama seperti Harimau Malaya, Selangor FC, MPPJ Selangor, Sri Pahang FC, PDRM FC, dan Perlis. Kejayaannya termasuk menjulang trofi berprestij seperti Piala Malaysia, Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Sumbangsih.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU