Sabtu, Oktober 3, 2026

Kelantan Red Warrior Bakal Ditaja Adidas dan Air Asia?

Kelantan Red Warrior (KRW) kini berpotensi menerima tajaan daripada jenama pakaian terkemuka dunia, Adidas, sebagai penaja pakaian rasmi pasukan. Presiden KRW FC, Nik Hafiz Nik Hassan, mendedahkan perkara ini dalam sesi siaran langsung di TikTok KRW baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, beliau berbincang dengan peminat mengenai potensi penaja yang bakal membantu pasukan untuk musim hadapan. Nik Hafiz juga memberi bayangan bahawa beberapa siri perbincangan sedang berlangsung dengan pihak yang berminat untuk menjadi penaja rasmi KRW.

“Ya betul, sudah ada banyak pihak yang mahu menjadi penaja dan kita sedang mengadakan perbincangan,” katanya.

Selain Adidas, beliau turut mempertimbangkan cadangan penyokong yang mencadangkan syarikat penerbangan gergasi negara, Air Asia, untuk menjadi penaja utama KRW.

“Air Asia sebagai penaja? Menarik juga tu, warna merah putih dah sama (warna Kelantan Red Warrior),” ujarnya.

Nik Hafiz dan pasukannya kini sedang giat membentuk skuad yang lebih mantap termasuk menjalankan program ‘The Next Hero’ bagi mengenal pasti bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diserap ke dalam pasukan KRW.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU