Ahad, Oktober 4, 2026

BNM Perkenal Dokumen Dasar Baharu untuk Wang Elektronik

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik serta set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula, berkuat kuasa serta-merta. Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik (EMI) selain mengekalkan keyakinan pengguna dan peniaga dalam transaksi pembayaran digital.

BNM menjelaskan bahawa dokumen dasar ini mengandungi maklum balas terhadap cadangan utama yang diterima sepanjang tempoh perundingan sebelum ini. Semakan FAQ turut dilakukan bagi meningkatkan pemahaman umum terhadap keperluan yang ditetapkan serta menjelaskan isu tafsiran dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Pewartaan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 membolehkan EMI maksud terhad (limited purpose EMI) dikecualikan daripada pematuhan dokumen dasar ini.

Dokumen dasar ini juga menetapkan keperluan dan garis panduan pengawalseliaan oleh BNM kepada EMI yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU