Ahad, Oktober 4, 2026

Honda & Nissan Batal Penggabungan? Ini Punca Sebenar!

Hasrat untuk melihat penggabungan dua gergasi automotif Jepun, Honda dan Nissan, nampaknya tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan Motor telah membuat keputusan untuk menggantung rundingan penggabungan dengan Honda Motor selepas kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat mengenai terma perjanjian.

Nissan juga akan menarik balik memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Disember 2024 berhubung rundingan integrasi perniagaan.

Keputusan ini dibuat selepas Nissan tidak bersetuju dengan penilaian di bawah syarikat induk dan menolak cadangan Honda untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.

Sebelum ini, penggabungan kedua-dua syarikat dirancang bagi menyaingi persaingan sengit dalam pasaran kenderaan elektrik (EV), khususnya daripada pengeluar China yang semakin dominan.

Namun, dengan rundingan kini digantung, masa depan kerjasama antara dua jenama automotif ikonik ini masih menjadi tanda tanya!

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU