Kongres Tahunan FAM Ke-61 yang berlangsung di Grand Dorsett Hotel pada Sabtu menyaksikan pembentukan barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029.
Datuk Joehari Ayub diumumkan secara rasmi sebagai Presiden FAM ke-8 selepas memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029. Beliau menggantikan Tan Sri Haji Hamidin yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram turut menang tanpa bertanding, sekali gus mengisi dua slot utama dalam kepimpinan FAM yang baharu.
Naib Presiden FAM pula disandang oleh empat individu berpengalaman, termasuk legenda bola sepak tanah air:
- Datuk Dollah Salleh
- Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail
- Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
- N. Saaran
Sementara itu, seramai lapan individu telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi penggal 2025-2029:
- Dato’ Zainal Abidin Hassan
- Yang Berhormat Datuk Hishamuddin Abdul Karim
- Datuk Hj. Mohd Hisamudin Yahaya
- Mohd Azizudin Mohd Shariff
- Tang Chee Hong
- Datuk Hj. Kamarudin Hj. Hassan
- Dato’ Sri Mohd Yusri Hj Hassan Basri
- Datuk Dr. P. Sugumaran
Selain itu, Dr. Siti Faidul Maisarah dan Dato’ Suraya Yaacob turut melengkapkan barisan kepimpinan baharu FAM bagi penggal kali ini.
Senarai Barisan FAM sesi 2025-2029:
Dengan pembentukan jawatankuasa baharu ini, diharapkan kepimpinan FAM dapat membawa perubahan positif dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
