Sabtu, Oktober 3, 2026

Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Malaysia, Negara Lain Hingga 40%

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pengenaan tarif baharu sebanyak 25% ke atas semua barangan dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos 2025. Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan rasmi beliau di platform Truth Social sebagai sebahagian daripada strategi membuka rundingan perdagangan baharu dengan beberapa negara.

Selain Malaysia, negara lain yang turut terkesan dengan kadar tarif sama termasuk Jepun, Korea Selatan, Tunisia, dan Kazakhstan. Manakala negara-negara seperti Afrika Selatan (30%), Indonesia (32%), Bangladesh (35%), Serbia (35%), Kemboja (36%), Thailand (36%), Laos (40%), dan Myanmar (40%) menerima kadar tarif lebih tinggi.

Trump turut memberi amaran keras bahawa sebarang tindakan balas oleh negara terlibat, termasuk menaikkan tarif terhadap AS, akan disusuli dengan peningkatan kadar tarif secara automatik oleh pihaknya.

Namun, beliau menjelaskan bahawa tiada tarif akan dikenakan sekiranya syarikat-syarikat dari negara seperti Malaysia memilih untuk membuka kilang atau menghasilkan produk secara terus di Amerika Syarikat. Trump turut memberi jaminan bahawa proses kelulusan pelaburan dan perniagaan akan dipercepatkan secara profesional dan boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu.

Langkah ini dijangka memberi kesan langsung terhadap hubungan perdagangan Malaysia-AS dan mencetuskan perbincangan di peringkat diplomatik serta korporat.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU