Ahad, Oktober 4, 2026

Ranking FIFA: Peluang Lonjak Jika Harimau Malaya Kalahkan Vietnam

Malaysia bakal berdepan misi penting dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menentang seteru serantau, Vietnam pada 10 Jun 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9.00 malam.

Kemenangan ke atas Vietnam bukan sahaja penting untuk kempen kelayakan, tetapi turut membuka peluang besar kepada Harimau Malaya untuk menambah mata ranking FIFA.

Menurut kemas kini terbaharu, skuad negara berpotensi meraih tambahan +13.99 mata sekiranya berjaya menewaskan pasukan di ranking ke-115 dunia itu. Ini akan menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga 126 dunia dengan 1135.54 mata, satu peningkatan lima anak tangga dalam ranking global.

Skuad kendalian Peter Cklamovski telah memulakan kem latihan pusat sejak 18 Mei, sebagai persediaan rapi untuk memecah kebuntuan 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam.

Malaysia membuka kempen 2025 dengan bergaya apabila mengatasi Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan pada Mac lalu. Selain itu, Harimau Malaya turut menguji kekuatan menentang pasukan Cape Verde, yang kini berada di ranking ke-72 dunia.

Sebaliknya, kekalahan akan memberi kesan besar kepada Vietnam yang bakal kehilangan banyak mata dan jatuh ke tangga 114 dunia dengan 1169.84 mata.

Dengan penyokong tempatan dijangka membanjiri Bukit Jalil, perlawanan ini menjadi medan terbaik untuk Malaysia mencipta sejarah dan memperkukuh kedudukan di pentas antarabangsa.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU