Ahad, Oktober 4, 2026

Harimau Malaya Berpeluang Menentang Pasukan ke-18 Dunia?

Skuad Harimau Malaya berpeluang menentang pasukan ke-18 dunia, Iran, dalam kejohanan jemputan CAFA Nations Cup 2025 yang bakal berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September ini.

Malaysia yang kini berada dalam momentum cemerlang selepas menewaskan Vietnam 4-0 dalam saingan Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, terus mengatur langkah strategik menjelang aksi antarabangsa seterusnya.

Difahamkan, Malaysia dan Oman (ranking ke-77 dunia) dijemput menyertai kejohanan berprestij di Asia Tengah itu, sekali gus membuka peluang untuk Harimau Malaya menguji kekuatan pasukan-pasukan ranking lebih tinggi.

Antara pasukan yang dijangka bertanding termasuk:

  • Uzbekistan (57)
  • Kyrgyzstan (103)
  • Tajikistan (104)
  • Turkmenistan (142)
  • Afghanistan (160)

Kejohanan ini pada asalnya turut disertai Russia, namun negara itu menarik diri pada saat akhir, memberikan ruang kepada Malaysia untuk menyertai sebagai pasukan jemputan.

Jika disahkan, peluang menentang Iran — antara pasukan gergasi Asia — menjadi ujian sebenar buat skuad kendalian Peter Cklamovski dalam misi meningkatkan prestasi menjelang Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Setakat ini, Malaysia telah mencatat dua kemenangan ke atas Nepal dan Vietnam, serta satu keputusan seri menentang Cape Verde (ranking ke-72 dunia) dalam aksi persahabatan kelas Tier 1.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU