Isnin, Oktober 5, 2026

Jurulatih Nepal Terpaksa Kumpul Info Pemain Malaysia Dari Ejen Rahsia

Ketua jurulatih Nepal, Matt Rose mendedahkan beliau mendapatkan maklumat mengenai pemain Harimau Malaya melalui ejen rahsia yang pernah bertugas di Malaysia, sebagai persediaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027. Perlawanan pembuka Kumpulan F itu berakhir dengan kemenangan 2-0 memihak Malaysia hasil jaringan Hector Hevel dan La’Vere Corbin Ong di Stadium Sultan Ibrahim.

Menurut Rose, kekangan utama pasukannya ialah ketiadaan aksi persahabatan terkini melibatkan Malaysia yang menyukarkan analisis taktikal. Justeru, beliau bergantung kepada bantuan “orang dalam” bagi mendapatkan maklumat berkaitan kekuatan pemain negara.

Namun begitu, beliau tetap mengakui bahawa kualiti pemain Malaysia amat ketara dan menjadi perbezaan utama dalam perlawanan. Rose memuji kemampuan individu Harimau Malaya yang menurutnya jauh lebih tinggi dari segi teknik, fizikal dan penyudah.

“Saya ucapkan tahniah kepada Malaysia, mereka bermain dengan baik dan memiliki pemain yang cukup berkualiti. Apa sahaja pelan taktikal yang kami sediakan, kualiti individu mereka jadi pemisah,” ujar Rose dalam sidang media.

Dengan kemenangan ini, Malaysia mengutip tiga mata dan berada di tangga kedua kumpulan di belakang Vietnam, manakala Nepal kekal di tempat ketiga. Malaysia kini bersedia untuk aksi lebih sengit menentang Vietnam pada 10 Jun, manakala Nepal akan berdepan Laos dalam misi bangkit semula.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU