Sabtu, Oktober 3, 2026

Terengganu Tewas, Tapi Semangat Juang Dipuji

Jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali, tetap berbangga dengan semangat juang pasukannya walaupun tersingkir daripada Unifi Piala Malaysia selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan agregat 6-1.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Terengganu berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringan Ismaheel Akinade, sebelum gol Heberty Fernandes memastikan kemenangan JDT.

Badrul memuji aksi pemain yang berjuang habis-habisan, terutama ketika bangkit di babak kedua. Namun, kelekaan di minit akhir menyebabkan mereka dihukum.

Kini, fokus Terengganu beralih ke Shopee Cup, di mana mereka akan menentang BG Pathum United di Thailand pada 6 Februari.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU