Sabtu, Oktober 3, 2026

OpenAI Lancar Model AI Baharu, o3-mini Kini Tersedia Untuk Semua

OpenAI hari ini secara rasmi melancarkan model o3-mini, model penaakulan terbaharu yang menjanjikan kelajuan dan ketepatan lebih baik. Model ini pertama kali diumumkan pada Disember 2024 dan kini mula ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia.

Menurut OpenAI, o3-mini menawarkan tahap penaakulan setanding model o1, tetapi beroperasi lebih pantas dan pada kos yang lebih rendah. Model ini direka untuk mengurangkan kesilapan dalam jawapan dengan melakukan semakan berulang sebelum memberikan maklum balas kepada pengguna. Ia juga lebih sesuai untuk tugasan yang melibatkan pengaturcaraan, matematik, dan sains.

Yang lebih menarik, o3-mini kini tersedia untuk semua pengguna, termasuk pengguna ChatGPT versi percuma. Pengguna hanya perlu memilih model ini dalam tetapan untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, pengguna percuma mempunyai had penggunaan tertentu, manakala pengguna berbayar menikmati akses lebih tinggi.

Dengan pelancaran o3-mini, OpenAI terus memperluaskan keupayaan AI mereka, memberikan lebih ramai pengguna akses kepada teknologi penaakulan yang lebih maju.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU