Maybank mengeluarkan amaran kepada pelanggan mengenai kewujudan e-mel palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan. Bank itu menegaskan bahawa mereka tidak pernah menghantar e-mel yang meminta maklumat peribadi atau perbankan pelanggan.
Menurut kenyataan rasmi, e-mel berkenaan adalah sebahagian daripada taktik pancingan data (phishing) yang direka untuk memperdaya mangsa supaya mendedahkan maklumat sensitif mereka. Oleh itu, pelanggan yang menerima e-mel sedemikian dinasihatkan supaya mengabaikannya dan tidak mengklik sebarang pautan yang disertakan.

Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam, anda disarankan mengikuti langkah-langkah berikut:
✅ Berhati-hati dengan e-mel daripada alamat mencurigakan yang mengandungi kesalahan ejaan atau tatabahasa.
✅ Ingat bahawa pihak bank tidak akan menghantar e-mel atau SMS yang mengandungi pautan untuk meminta maklumat peribadi.
✅ Sahkan sebarang mesej atau e-mel yang mencurigakan melalui laman web atau sumber rasmi Maybank.
Jika anda menerima e-mel yang mencurigakan, laporkan kepada pihak bank dengan segera untuk tindakan lanjut. Jangan mudah terpedaya dengan taktik penipuan digital yang semakin canggih!
sumber: Maybank
