Sabtu, Oktober 3, 2026

Thailand Tinggalkan Malaysia 35 Tangga dalam Ranking FIFA

Skuad kebangsaan Thailand terus mengukuhkan status sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas melonjak 35 tangga meninggalkan Malaysia dalam kemas kini terbaru ranking FIFA.

Di bawah kendalian Masatada Ishii, Thailand memperagakan aksi cemerlang dan mara ke pentas akhir ASEAN Championship, sekali gus membantu mereka melonjak ke tangga ke-97 dunia dengan 1231.17 mata.

Vietnam, yang menjuarai ASEAN Championship, kini berada di kedudukan ke-114 dunia dengan 1164 mata, manakala Indonesia yang semakin meningkat naik berada di tangga ke-127 dengan 1133 mata. Malaysia pula berada di kedudukan ke-132 dunia, menyebabkan jurang 35 tangga dengan Thailand menjelang Kelayakan Piala Asia 2027.

Dalam saingan kelayakan, Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos, manakala Thailand berada dalam Kumpulan D bersama Turkmenistan, Chinese Taipei, dan Sri Lanka.

Harimau Malaya akan menghadapi ujian pertama menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal, pada 25 Mac depan, dalam usaha memperbaiki kedudukan di pentas antarabangsa.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU