Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor, meluahkan rasa syukur selepas pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Central Coast Mariners dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat skuad kendalian Hector Bidoglio, sekali gus melonjakkan JDT ke tangga ke-5 kumpulan dengan 11 mata dan memperkukuh peluang ke pusingan kalah mati.
DYAM Tunku Ismail menyatakan kepuasannya terhadap prestasi pasukan, terutama dalam saingan peringkat Asia, dengan hantaran ringkas di laman X: “Alhamdulillah.”
Dua jaringan pemain baharu JDT, Alvaro Gonzalez, yang turun buat kali pertama, menjadi detik bermakna buat Harimau Selatan di Australia.
JDT kini bersiap sedia untuk ujian terakhir menentang Pohang Steelers pada 18 Februari, perlawanan penting yang bakal menentukan laluan mereka dalam ACLE.
