Valve kini mengemaskini dasar pengiklanan dalam permainan di Steam, melarang pembangun daripada meletakkan iklan yang hanya bertujuan untuk menjana pendapatan. Ini termasuk memaksa pemain menonton iklan pendek untuk meneruskan sesi permainan, mendapatkan mata wang dalam permainan, atau memperoleh kuasa tambahan.
Pendekatan ini sering digunakan dalam permainan freemium di peranti mudah alih, di mana pemain dipaksa menonton iklan sebagai pertukaran untuk akses percuma kepada kandungan tertentu. Namun, di Steam, strategi ini kini tidak lagi dibenarkan.
Walaupun begitu, iklan dalam bentuk papan tanda dalam permainan masih dibenarkan, asalkan ia tidak mengganggu pengalaman permainan. Selain itu, iklan untuk membeli permainan di luar Steam juga masih dibolehkan.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Valve untuk memastikan pengalaman permainan di Steam kekal berkualiti dan bebas gangguan, sama seperti larangan mereka sebelum ini terhadap jualan permainan yang berasaskan kripto dan NFT.
