Continental Malaysia mengorak langkah ke arah kelestarian dengan memasang 2,500 panel solar di kilang tayar mereka di Petaling Jaya, Selangor. Projek tenaga hijau ini meliputi kawasan seluas 10,000 meter persegi dan mampu menjana sekitar 2 juta kWh tenaga hijau setiap tahun.
Tenaga yang dihasilkan akan memenuhi lebih daripada 10% keperluan elektrik kilang semasa waktu operasi siang hari, sekaligus mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1,400 tan CO₂ setahun.
Selain itu, Continental juga sedang meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga sendiri dan melaksanakan pelbagai inisiatif penjimatan tenaga bagi menjadikan operasi mereka lebih cekap. Syarikat ini komited untuk mencapai pengeluaran karbon neutral di semua kilang mereka di seluruh dunia menjelang 2040.
Langkah ini membuktikan komitmen Continental terhadap kelestarian alam sekitar serta penggunaan sumber tenaga yang lebih mesra bumi.
