Selasa, November 4, 2025

OpenAI Lancar “Deep Research” – Ciri Baru untuk Jawapan Lebih Mendalam

OpenAI hari ini mengejutkan ramai dengan pengumuman ciri baharu eksklusif untuk pengguna berbayar, dinamakan “Deep Research”. Ciri ini direka khas untuk mereka yang memerlukan kajian dan analisis lebih mendalam, dengan laporan terperinci mengenai sesuatu perkara.

Tidak seperti model terdahulu, OpenAI menjanjikan jawapan yang lebih tepat dan jelas melalui Deep Research, serta kemampuan penaakulan yang lebih baik. Ia menawarkan laporan yang lebih menyeluruh, berbanding jawapan ringkas yang biasa diberikan oleh ChatGPT sebelum ini.

Buat masa ini, ciri Deep Research hanya tersedia untuk pengguna ChatGPT Pro dengan langganan $200 sebulan, di mana mereka diberikan had 100 pertanyaan sebulan. OpenAI turut merancang untuk memperkenalkan ciri ini kepada pengguna ChatGPT Plus dalam masa sebulan lagi.

Namun, persoalan utama yang timbul adalah sejauh mana ketepatan jawapan yang diberikan oleh Deep Research dan adakah ia masih mengalami isu halusinasi seperti model AI sebelumnya. Dengan harga langganan yang tinggi, pengguna pasti mengharapkan ciri ini benar-benar memberikan nilai dan kelebihan yang signifikan.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU