Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan dominasi mereka dalam bola sepak tanah air selepas mara ke final Piala Malaysia buat kali kelima. Kejayaan ini diraikan dengan satu sesi makan malam khas bersama DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang juga pemilik kelab.
Dalam aksi separuh akhir kedua menentang Terengganu FC, JDT mengukuhkan kedudukan mereka dengan kemenangan agregat 6-1. Heberty Fernandes sekali lagi menjadi wira dengan dua jaringan yang memastikan kemenangan Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim.
- https://s.shopee.com.my/9KSt2dHQDG
- https://s.shopee.com.my/50JtsrbwIR
- https://s.shopee.com.my/5VGATpz13R
- https://s.shopee.com.my/1LQbWCt2BA
Makan malam istimewa ini turut dihadiri pemain, staf pasukan, serta Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Ini bukan sekadar meraikan kejayaan ke final, tetapi juga sebagai penghargaan terhadap usaha keras pasukan sepanjang musim ini.
Kini, JDT menunggu pemenang antara Sri Pahang dan Sabah untuk aksi final yang bakal menjadi pertarungan terakhir dalam misi mereka mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia!
