Sabtu, Oktober 3, 2026

Iran Lulus Usul Tutup Selat Hormuz Susulan Serangan AS ke Atas Tapak Nuklear

Parlimen Iran meluluskan langkah drastik untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut sebagai tindak balas kepada serangan Amerika Syarikat ke atas tiga kemudahan nuklear Iran, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Anggota kanan Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, menyatakan bahawa keputusan itu dicapai susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau tersebut.

“Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh saluran berita kerajaan Press TV.

Selat Hormuz merupakan laluan strategik utama untuk pengangkutan minyak dunia, dan sebarang gangguan di laluan ini dijangka memberi kesan besar terhadap pasaran tenaga global.

Bagaimanapun, Kowsari menjelaskan bahawa keputusan akhir berkenaan penutupan itu akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, iaitu badan keselamatan tertinggi di Iran.

Ketegangan melonjak selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan bahawa pihaknya telah melancarkan serangan terhadap tiga tapak nuklear utama Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Serangan ini dikatakan sebagai tindak balas terhadap siri serangan tentera Iran ke atas Israel yang berlaku sejak 13 Jun, yang menyaksikan konflik berterusan antara kedua-dua negara.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU