Ahad, Oktober 4, 2026

Malaysia vs Vietnam: Misi Tamatkan 11 Tahun Penantian Malam Ini

Pertemuan antara Malaysia dan Vietnam malam ini dijangka panas, dengan Harimau Malaya bersedia melayan kunjungan skuad The Golden Star dalam usaha menamatkan penantian 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam.

Skuad kendalian Peter Cklamovski kini dalam prestasi positif selepas menewaskan Nepal 2-0, manakala Vietnam turun dengan keyakinan tinggi selepas membelasah Laos 5-0. Aksi ini bakal disaksikan hampir 65,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia turut diperkuat dengan kehadiran lima pemain warisan dari Eropah — Rodrigo Holgado, Joao Figuiredo, Imanol Machuca, Jon Irazabal, dan Facundo Garces — yang dijangka memberi nafas baharu kepada pasukan negara.

Vietnam kini berada di ranking ke-109 dunia (kedua di Asia Tenggara), manakala Malaysia di tangga ke-132 (keempat di rantau ini). Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam Kejuaraan ASEAN 2022, menyaksikan Malaysia tewas 0-3.

Aksi tumpuan ini akan berlangsung pada Selasa, 10 Jun jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU