Ahad, Oktober 4, 2026

Aksi Menentang JDT Cabaran Terbesar Sepanjang Karier di TFC – Redzovic

Bekas pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic menyifatkan pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai cabaran paling besar sepanjang enam tahun beliau bersama skuad Pantai Timur itu.

Menurut Redzovic, aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan momen paling mencabar dan luar biasa dalam kariernya di Malaysia.

“Bermain menentang pasukan sehebat JDT adalah cabaran terbesar saya sepanjang enam tahun di sini,” ujarnya.

Kini, Redzovic sedang menjalani proses pemulihan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang dialaminya pada Februari lalu. Pemulihan dijalankan di Ipoh dengan bantuan jurulatih kecergasan berpengalaman, Sam Pakiaraj Victor Davaraj — bekas jurulatih Perak FC.

“Saya dirawat di Ipoh atas cadangan jurulatih Mehmet Durakovic dan rakan lama, Nasir Basharudin. Kini saya berlatih bersama Coach Sam dan sudah boleh berlari. Keyakinan saya semakin pulih,” katanya.

Redzovic menyasarkan untuk kembali cergas sepenuhnya menjelang Ogos ini. Beliau kini berstatus ejen bebas selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim lalu.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU