Selasa, Oktober 6, 2026

17 Kategori Warnai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025

Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK24-25) kembali mewarnai arena bola sepak Malaysia dengan 17 kategori yang akan dipertandingkan bagi mengiktiraf pencapaian pemain, jurulatih, dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Pada edisi ABK23, sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan, termasuk dua kategori baharu bagi Piala MFL iaitu Pemain Terbaik MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL, khusus untuk meraikan pencapaian pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) dalam kejohanan tersebut.

Musim ini, kategori Penyokong Terbaik kembali diperkenalkan bagi mengiktiraf peranan penting penyokong dalam memberikan sokongan kepada pasukan mereka sepanjang musim.

Tumpuan pastinya terarah kepada Arif Aiman Hanapi, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selama tiga tahun berturut-turut. Adakah dia mampu mempertahankan gelaran tersebut sekali lagi?

ABK24-25 dijadual berlangsung pada April ini, dan pastinya akan menjadi pentas penuh prestij bagi meraikan yang terbaik dalam bola sepak Malaysia.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU