Sabtu, Oktober 3, 2026

Portal STR Kini Boleh Diakses Melalui MyDigital ID

Mulai 1 Mac 2025, pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mempunyai pilihan baharu untuk mengakses portal STR menggunakan MyDigital ID.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), langkah ini selaras dengan Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. MyDigital ID diperkenalkan sebagai identiti digital tunggal rakyat Malaysia untuk mengakses sistem kerajaan secara lebih mudah dan selamat, menyokong inisiatif transformasi digital negara.

Sebelum ini, HASiL telah menggunakan MyDigital ID dalam sistem percukaian MyTax sejak 1 Januari 2025, termasuk bagi carian nombor TIN (Tax Identification Number). Kini, portal STR turut mengintegrasikan MyDigital ID sebagai salah satu kaedah Single Sign-On (SSO) bagi pengguna yang ingin mengakses maklumat bantuan mereka dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan kaedah log masuk sedia ada, dengan MyDigital ID ditawarkan sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang ingin beralih ke sistem identiti digital yang lebih selamat dan cekap.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU