Selasa, Oktober 6, 2026

Giorgio Rossi Tinggalkan Jawatan CEO MFL, Mohd Shazli Ambil Alih Tugas

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan bahawa Giorgio Rossi tidak lagi menggalas peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pengendali Liga Malaysia itu.

Dalam satu kenyataan rasmi, MFL menyatakan bahawa kedua-dua pihak sedang dalam proses perbincangan mengenai tindakan seterusnya selepas pemergian Rossi.

“MFL hari ini mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama MFL. Kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Buat masa ini, operasi sekretariat MFL akan diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Mohd Shazli Shaik Mohd.

Rossi sebelum ini dilantik sebagai CEO menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang tamat kontraknya pada 31 Ogos 2024. Beliau juga mencatat sejarah sebagai CEO pertama MFL yang berasal dari luar negara.

Dengan perubahan ini, MFL dijangka akan mengumumkan pelan seterusnya bagi memastikan perjalanan Liga Malaysia terus lancar dan kompetitif.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU