Sabtu, Oktober 3, 2026

TikTok Kembali di App Store dan Google Play di AS

Selepas hampir sebulan disingkirkan, TikTok kini kembali tersedia di Apple App Store dan Google Play Store di Amerika Syarikat. Keputusan ini dibuat selepas Peguam Negara AS, Pam Bondi, memberi jaminan kepada Apple bahawa syarikat itu tidak akan dikenakan denda kerana mengedarkan aplikasi berkenaan.

Sebelum ini, TikTok dihapuskan daripada gedung aplikasi pada Januari susulan undang-undang yang melarang aplikasi milik ByteDance. Walaupun Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan penguatkuasaan larangan selama 75 hari, Apple dan Google enggan menyenaraikan semula aplikasi itu kerana bimbang risiko denda berbilion dolar.

Setakat ini, Apple dan Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkembangan ini. Sementara itu, Naib Presiden JD Vance dilaporkan diberi tanggungjawab oleh Presiden Trump untuk memantau rundingan berkaitan kemungkinan penjualan TikTok di AS.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU