Isnin, Oktober 5, 2026

JDT Sasar Kemenangan Ketiga di ACLE

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan status sebagai jaguh bola sepak Asia Tenggara apabila menduduki ranking ke-8 di Asia dengan 79.4 mata, sekaligus berada di kedudukan ke-235 dunia menurut kemas kini Opta Analyst.

Dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE), JDT menghuni tangga keenam kumpulan dengan 8 mata, manakala Central Coast berada di kedudukan tercorot dengan hanya satu mata. Perbezaan ketara ini memberi kelebihan kepada Harimau Selatan menjelang aksi ketujuh peringkat kumpulan.

Central Coast, yang berada di tangga ke-91 Asia dengan 70.5 mata (999 dunia), ketinggalan berbanding beberapa kelab Australia lain seperti Sydney FC (71), Adelaide United (74) dan Melbourne City (75).

JDT turun dengan momentum cemerlang selepas tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir, manakala Central Coast hanya mencatat satu kemenangan dan empat keputusan seri dalam tempoh sama.

Sebagai satu-satunya wakil Malaysia di ACLE, JDT kini memburu kemenangan ketiga peringkat kumpulan dalam perlawanan penting menentang Central Coast pada 11 Februari jam 4 petang.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU