Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 16e, model terbaru dalam keluarga iPhone 16 dengan harga lebih mampu milik. Ia dikuasakan cip Apple A18 dan dilengkapi modem Apple C1 untuk sambungan selular yang lebih stabil. Dengan kecerdasan buatan Apple Intelligence, prestasi peranti ini lebih pintar dan pantas.
Dari segi kamera, iPhone 16e hadir dengan sensor 48MP Fusion yang menggabungkan keupayaan telefoto 2x dalam satu sensor, membolehkan rakaman berkualiti tinggi walaupun hanya dengan satu lensa belakang.
Skrin 6.1-inci Super Retina XDR memberikan paparan tajam dan terang, manakala pengecasan menggunakan USB-C memastikan keserasian lebih luas. Peranti ini turut menyokong Face ID dan hadir dengan butang fizikal Action Button untuk akses pantas ke ciri tertentu.
Dipasang dengan iOS 18, iPhone 16e ditawarkan pada harga RM2999 (128GB), RM3499 (256GB), dan RM4499 (512GB). Pra-tempahan bermula 21 Februari 2025, dengan jualan rasmi pada 28 Februari 2025.
