Sabtu, Oktober 3, 2026

Kim Pan-gon Akui Ulsan HD Tersingkir dari ACLE, Fokus Bangkit Semula

Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon, mengakui perjalanan pasukannya dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) sudah berakhir selepas tewas 2-1 kepada Buriram United dalam aksi terkini kejohanan.

The Tigers yang masih berpeluang menghidupkan impian ke pusingan 16 terbaik kini terpaksa akur selepas gagal membawa pulang mata penuh.

Dalam perlawanan tersebut, Guilherme Bissoli meletakkan Buriram di hadapan sebelum Jang Si-young menyamakan kedudukan untuk Ulsan. Ketika perlawanan hampir berakhir dengan keputusan seri, Suphanat Mueanta muncul wira dengan gol kemenangan lewat permainan.

Kekalahan ini menyebabkan Ulsan tergelincir ke tangga ke-11 Liga Timur ACLE dengan hanya tiga mata, sekali gus meranapkan impian juara K-League 1 musim 2024 untuk mara lebih jauh.

Namun, Kim Pan-gon menegaskan bahawa pasukan akan bangkit semula dalam saingan ACLE akan datang.

“Perjalanan kita dalam ACLE sudah berakhir. Ramai yang kecewa sebab kita gagal layak ke pusingan seterusnya.”

“Tetapi kita masih layak ke ACLE yang berikutnya. Jadi, kita akan bangkit dan tampil menjadi antara pasukan terkuat di Asia semula.”

Beliau juga berharap pemain dan penyokong tidak terlalu kecewa serta kekal positif dalam menghadapi cabaran seterusnya.

Kini, Ulsan HD mengalihkan tumpuan ke aksi pertama K-League 1 menentang FC Anyang pada 16 Februari bagi memulakan musim baharu dengan langkah lebih positif.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU