Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva, mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan sempena ulang tahunnya yang ke-34 menerusi Instagram.
Apa yang mencuri perhatian peminat adalah tindakan Bergson menambah bendera Malaysia di bio Instagramnya, selain bendera negara kelahirannya, Brazil. Langkah ini semakin menguatkan spekulasi bahawa dia bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru skuad Harimau Malaya.
Selepas menyambut hari lahirnya, Bergson turut berkongsi gambar dengan kapsyen, “Terima kasih semua, masa benar-benar berlalu.”
Penyerang prolifik ini dijangka menyertai skuad Harimau Malaya menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2027 bulan hadapan. Kehadirannya bakal memberi tambahan kekuatan kepada pasukan negara dalam menghadapi cabaran di pentas antarabangsa.
