Sabtu, Oktober 3, 2026

Amerika Mula Haramkan DeepSeek, Ikut Jejak Taiwan & Korea Selatan

Amerika Syarikat kini memulakan langkah untuk mengharamkan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek pada peranti milik kerajaan melalui rang undang-undang (RUU) baharu. Usul ini mendapat sokongan bipartisan daripada wakil kerajaan dan pembangkang, dengan alasan untuk memastikan keselamatan negara.

Setakat ini, hanya NASA dan Tentera Laut Amerika Syarikat yang telah mengeluarkan arahan rasmi melarang penggunaan AI buatan China ini dalam sistem mereka. Namun, jika RUU ini diluluskan, Amerika akan mengikuti jejak Taiwan, Korea Selatan, dan Australia, yang lebih awal mengenakan sekatan ke atas DeepSeek.

Berbanding cadangan lebih radikal oleh seorang senator minggu lalu yang mahu mengharamkan terus DeepSeek di seluruh Amerika serta mencadangkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sehingga $100 juta, RUU ini lebih terkawal dengan hanya melarang penggunaannya dalam sistem kerajaan.

Dengan perkembangan ini, adakah Amerika akan memperluaskan lagi sekatan terhadap AI China? Atau adakah ini hanya langkah permulaan dalam perang teknologi antara dua kuasa besar dunia?

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU