Sabtu, Oktober 3, 2026

Ini Sebab JDT Boleh Beli Pemain Baru Bagi ACLE

Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat kelulusan untuk menandatangani pemain baharu bagi saingan AFC Champions League Elite (ACLE), membuka peluang untuk memperkuatkan skuad sebelum perlawanan seterusnya.

Baru-baru ini, JDT mengumumkan ketibaan pertahanan kental, Alvaro Gonzalez, bekas pemain Al-Nassr, sebagai rekrut terbaru pasukan. Langkah ini menunjukkan kesungguhan Harimau Selatan untuk memperkukuhkan benteng pertahanan dalam usaha mereka melangkah lebih jauh di pentas Asia.

Menurut penganalisis bola sepak tempatan, Juan Budiman, JDT masih boleh mendapatkan lebih ramai pemain baharu, selaras dengan peraturan yang membenarkan kelab-kelab dalam fasa pra-musim seperti di Jepun, Korea dan China untuk menambah pemain sebelum aksi ketujuh kumpulan (MD7).

AFC dalam dokumen peraturan pertandingan ACL2 menyatakan bahawa setiap kelab bertanding perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya 18 pemain dan maksimum 25 pemain, dengan tambahan sehingga 23 pemain import. Selain itu, dua slot khas disediakan untuk Homegrown Player, iaitu pemain yang pernah dilatih di kelab atau negara asal mereka.

Jendela pendaftaran pemain ditutup 15 hari sebelum perlawanan pertama wilayah masing-masing dalam MD7. Ini bermakna JDT masih mempunyai sedikit masa untuk menambah pemain baru sebelum meneruskan saingan di peringkat kalah mati ACLE.

Perlawanan seterusnya, JDT bakal bertemu Central Coast Mariners pada 11 Februari, dan tambahan pemain berpengalaman seperti Alvaro Gonzalez dijangka memberi kelebihan buat Harimau Selatan dalam memastikan tempat mereka dalam pusingan seterusnya.

Dengan strategi pemilihan pemain yang tepat, JDT bukan sahaja boleh terus bersaing dalam saingan ACL Elite, malah berpeluang mencipta sejarah sebagai salah satu pasukan terbaik dari Asia Tenggara di pentas bola sepak Asia!

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU