Selasa, November 4, 2025

Xisco Munoz Dilantik Pengendali Baharu Johor Darul Ta’zim

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi mengumumkan pelantikan jurulatih dari Sepanyol, Xisco Munoz sebagai pengendali baharu pasukan Harimau Selatan bagi menghadapi saingan musim ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers dengan memperkenalkan bekas pengendali Watford itu sebagai pengganti Hector Bidoglio yang melepaskan jawatannya pada Mei lalu.

“Dari Sepanyol ke England, dan kini ke Johor. Xisco Munoz adalah jurulatih baharu JDT,” menurut kenyataan kelab.

Munoz, 43, mempunyai pengalaman luas dalam arena kejurulatihan dengan pernah membimbing kelab-kelab ternama seperti Watford FC di England, SD Huesca dan Sheffield Wednesday.

Kelab terakhir yang dikendalikan beliau ialah DAC Dunajska Streda, pasukan dari Liga Super Slovakia, yang dibimbing selama setahun sebelum berpisah pada November 2024.

Kehadiran Munoz dijangka menyuntik nafas baharu buat JDT yang sentiasa mengekalkan reputasi sebagai kuasa besar bola sepak Malaysia.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU