Selasa, November 4, 2025

CIMB Clicks Ditamatkan Sepenuhnya 12 April ini, Beralih ke CIMB OCTO

CIMB telah mengumumkan bahawa aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025. Selepas tarikh tersebut, pengguna hanya boleh melakukan urusan perbankan melalui aplikasi CIMB OCTO.

Sebagai sebahagian daripada peralihan ini:

  • Sokongan SecureTAC pada CIMB Clicks akan dihentikan mulai 16 Mac 2025 dan dipindahkan sepenuhnya ke CIMB OCTO.
  • CIMB telah memulakan proses peralihan ke CIMB OCTO secara berperingkat sejak tahun lalu, termasuk menghentikan ciri tertentu pada CIMB Clicks.
  • Aplikasi CIMB Clicks tidak lagi tersedia untuk pemasangan baharu.

Peralihan ke CIMB OCTO

Bagi pengguna yang masih menggunakan CIMB Clicks, disarankan untuk beralih ke CIMB OCTO lebih awal bagi memastikan kelancaran transaksi perbankan selepas 12 April 2025.

Aplikasi CIMB OCTO boleh dimuat turun melalui:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei AppGallery

Pastikan anda beralih ke CIMB OCTO sebelum tarikh tamat bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam urusan perbankan anda.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU