Selasa, November 4, 2025

Khaby Lame Dibayar RM87 Juta Hanya Dengan Video Tanpa Suara!

Khaby Lame, pencipta kandungan paling popular di TikTok, dilaporkan menerima bayaran sebanyak $20 juta (kira-kira RM87 juta) sepanjang tahun 2024. Dengan lebih 162 juta pengikut, setiap video yang dimuat naiknya boleh menjana sekitar $750,000.

Menariknya, Khaby tidak perlu bercakap sepatah pun dalam videonya, namun tetap berjaya menjadi content creator dengan bayaran tertinggi. Kejayaannya membuktikan bahawa kreativiti dan keunikan adalah kunci utama dalam dunia digital, bukan hanya suara atau kata-kata.

Bagi mereka yang introvert atau kurang keyakinan diri, kisah Khaby boleh dijadikan inspirasi untuk berjaya dalam bidang penciptaan kandungan dan perniagaan dalam talian. Jika dia boleh lakukannya, anda juga mampu mencipta peluang yang sama!

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU