Selasa, November 4, 2025

JDT Berdepan Lima Cabaran Besar Februari Ini

Johor Darul Tazim (JDT) bakal mengharungi lima perlawanan penting sepanjang Februari, merangkumi aksi domestik dan peringkat Asia.

Pada 1 Februari, JDT akan melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia. Juara bertahan ini berada di kedudukan selesa selepas menang 4-0 dalam aksi pertama, namun tetap perlu memastikan kemaraan ke final.

Pada 5 Februari, JDT kembali ke Liga Super dengan menentang PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). PDRM sebelum ini berjaya mengikat JDT di Selayang dan pasti mahu mengulanginya di gelanggang lawan.

Perhatian kemudian beralih kepada dua aksi AFC Champions League Elite (ACLE). JDT akan berdepan Central Coast Mariners pada 11 Februari, diikuti aksi menentang Pohang Steelers pada 18 Februari. Kemenangan dalam salah satu perlawanan ini berpotensi melayakkan Harimau Selatan ke pusingan seterusnya.

Cabaran terakhir bulan ini tiba pada 27 Februari, apabila Perak FC bakal menjadi lawan seterusnya dalam Liga Super. The Bos Gaurus pastinya mahu menebus kekecewaan selepas dibelasah 5-0 oleh JDT pada 10 November lalu.

Februari bakal menjadi bulan penuh ujian buat JDT dalam usaha mempertahankan kejuaraan domestik dan membuktikan kemampuan mereka di peringkat Asia.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU