Selasa, November 4, 2025

Ini Bukan Beban, Tapi Peluang Keemasan – Arif Aiman

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, menganggap pengalaman beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) sebagai sesuatu yang amat berharga. Bagi Arif, pentas ini bukan sekadar ujian tetapi peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan di peringkat tertinggi bola sepak Asia.

Setiap perlawanan dalam ACLE memberikan cabaran besar, sejajar dengan status kejohanan yang dihuni oleh kelab-kelab gergasi seperti Ulsan HD, Yokohama F. Marinos, Al-Nassr dan Al-Hilal. Namun, bagi Arif, cabaran ini bukan tekanan tetapi peluang untuk menonjolkan bakatnya.

“Bagi setiap perlawanan bertaraf tinggi di Asia, tiada yang mudah. Tapi ini adalah peluang untuk saya membuktikan diri di peringkat Asia. Ini bukan beban tetapi satu peluang buat saya,” katanya kepada AFC.

Setakat ini, Arif telah menjaringkan empat gol dalam saingan ACLE musim 2024/25, menjadikannya antara pemain yang mendapat perhatian ramai, termasuk peminat bola sepak antarabangsa. Kehebatannya dijangka terus menjadi senjata utama buat skuad Harimau Selatan yang akan turun beraksi menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari ini.

Dengan ketangkasan dan semangat juang tinggi, Arif bersedia untuk terus memberikan yang terbaik demi JDT dan memburu keputusan positif dalam saingan berprestij ini.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU