Alvaro Gonzalez menganggap kepulangannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh bulan sebagai satu kejayaan besar selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Central Coast Mariners.
Pertahanan berusia 35 tahun itu melihat kerja kerasnya sepanjang tempoh berehat membuahkan hasil selepas JDT memberinya kepercayaan untuk kembali beraksi.
“Kemenangan ini sangat penting untuk pasukan dan diri saya. Selama tujuh bulan, saya bekerja sendirian di rumah, dan kini kepulangan ini sungguh luar biasa,” katanya.
Bekas pemain Al-Nassr itu turut memuji corak permainan JDT yang menggabungkan kehebatan pemain Sepanyol dan Malaysia, menjadikan pasukan lebih berbahaya.
“Kami mempunyai ramai pemain berkualiti dan bermain sedikit seperti pasukan Sepanyol. Pemain Malaysia juga beraksi sangat baik, dan kami bekerja keras untuk kemenangan ini,” tambahnya.
JDT kini menghuni tangga ke-5 kumpulan dengan 11 mata dan bakal
