Ahad, Oktober 26, 2025

Wan Ahmad Fayshal digantung, hilang semua jawatan dalam Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, digantung semua hak keahliannya dalam parti bagi tempoh satu penggal pemilihan, berkuat kuasa 13 Oktober 2025.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat lembaga disiplin yang bersidang pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas Ahli Parlimen Machang itu didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu, yang menetapkan bahawa setiap ahli perlu mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti.

“Dengan penggantungan tersebut, Yang Berhormat secara langsung dilucutkan semua jawatan yang dipegang serta tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama parti sepanjang tempoh penggantungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, penggantungan itu bermaksud Wan Ahmad Fayshal tidak lagi boleh terlibat dalam sebarang urusan rasmi atau kegiatan parti termasuk mesyuarat, program serta kenyataan politik yang mewakili Bersatu sehingga tamat tempoh penggantungan.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU