Selasa, November 4, 2025

OpenAI Sahkan Peranti AI Fizikal, Fokus Kawalan Suara

Sam Altman mengesahkan bahawa OpenAI sedang membangunkan peranti AI fizikal yang dijangka mengubah cara pengguna berinteraksi dengan kecerdasan buatan. Peranti ini dipercayai dibangunkan dengan kerjasama Jony Ive, bekas ketua pereka Apple, dan tidak akan menyerupai telefon pintar.

Menurut laporan The Elec, peranti AI ini akan memanfaatkan teknologi kawalan suara sepenuhnya, menggantikan kaedah input tradisional seperti skrin sentuh atau papan kekunci. Ini menunjukkan hala tuju OpenAI dalam membangunkan peranti AI yang lebih intuitif dan mesra pengguna tanpa bergantung kepada antara muka konvensional.

OpenAI juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat teknologi utama untuk merealisasikan projek ini, termasuk membangunkan cip AI tersendiri bagi memastikan kecekapan dan prestasi terbaik.

Di pasaran semasa, beberapa peranti AI fizikal seperti Rabbit R1 dan Human A.I Pin telah diperkenalkan tetapi gagal menarik minat pengguna. Sebaliknya, produk seperti kaca mata AI Meta Ray-Ban mendapat sambutan luar biasa, dengan lebih sejuta unit terjual.

Persoalannya, adakah peranti AI OpenAI mampu mencipta fenomena baharu dan mengubah landskap peranti pintar? Atau adakah pengguna masih lebih selesa menggunakan ChatGPT dan teknologi AI lain dalam telefon pintar mereka? Kita nantikan perkembangan selanjutnya!

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU