Selasa, November 4, 2025

Vietnam Jauhkan Jurang dengan Malaysia dalam Ranking FIFA Terbaru

Vietnam terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam ranking FIFA terkini selepas meraih kejuaraan ASEAN Championship 2024 dengan menewaskan Thailand. The Golden Stars kini melonjak ke tangga ke-114 dunia dengan 1164.79 mata, berbanding kedudukan ke-119 sebelum ini.

Sebaliknya, Malaysia kekal di tangga ke-132 dunia, menjadikannya pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara. Harimau Malaya, yang kini di bawah kendalian jurulatih baharu, Peter Cklamovski, gagal menampilkan prestasi terbaik dalam ASEAN Championship selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

Namun, skuad negara bakal mendapat suntikan tenaga baharu dengan kehadiran empat pemain warisan dalam masa terdekat. FA Malaysia mengesahkan bahawa proses mendapatkan pasport Malaysia untuk seorang pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir, manakala tiga lagi pemain sedang dalam proses memperoleh kerakyatan.

Aksi kelayakan Piala Asia 2027 bakal menjadi medan pertembungan seterusnya antara Vietnam dan Malaysia, dengan perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2025 di laman sendiri sebelum Harimau Malaya berkunjung ke Vietnam pada 31 Mac 2026.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU