Kini, proses menukar nama pemilik kenderaan boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke JPJ. Dengan menggunakan ID MyJPJ, pemilik boleh menyelesaikan urusan ini dengan mudah dan pantas.
Dulu, pengguna perlu menaik taraf akaun MyJPJ daripada ID standard ke ID advance dengan hadir ke kaunter JPJ. Namun, kini proses ini boleh dilakukan secara automatik melalui MyDigital ID, menjadikan pertukaran ID lebih mudah dan cepat.
Untuk menukar nama kenderaan, pastikan tiada senarai hitam atau tuntutan hak milik. Bagi kenderaan seperti kereta, pemeriksaan Puspakom masih diperlukan sebelum proses boleh diselesaikan.
Dengan sistem baharu ini, tiada lagi keperluan untuk mengisi borang manual, mengambil nombor giliran, dan menunggu lama di kaunter. Tutorial lengkap mengenai cara menukar nama secara dalam talian boleh dirujuk melalui panduan rasmi yang disediakan oleh JPJ.
