Selasa, November 4, 2025

Microsoft Dalam Perbincangan Ambil Alih TikTok di AS

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan bahawa Microsoft sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih operasi TikTok di negara itu. Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai perbincangan tersebut.

Trump turut menyatakan bahawa beberapa pihak lain turut berminat untuk memiliki TikTok susulan arahan kerajaan yang mewajibkan sekurang-kurangnya 50% pegangan operasi aplikasi itu dimiliki oleh syarikat tempatan.

Sebelum ini, Oracle juga dikatakan berminat dalam usaha pengambilalihan, bersama beberapa pelabur lain termasuk Microsoft. Namun, masih tidak jelas sama ada Microsoft bertindak secara bersendirian atau bersama pelabur lain dalam bidaan ini.

Buat masa ini, keputusan akhir masih belum diumumkan, dan pihak ByteDance perlu menentukan sama ada mereka akan menjual operasi TikTok di AS atau menutupnya sepenuhnya.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU