Sebuah video berdurasi lapan saat yang memaparkan sosok gergasi hitam berenang di dasar laut telah mencetuskan perdebatan hangat di TikTok. Rakaman ini, yang dikatakan diambil di Indonesia, menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar mahluk misteri atau hanya ombak yang kelihatan seperti figura mistik.
Dalam video tersebut, kelihatan satu bentuk panjang berwarna hitam merentasi laut di sebalik sebuah pulau yang jauh dari persisiran pantai. Netizen terpecah kepada dua pendapat—ada yang percaya ia adalah mahluk mistik seperti ikan tapah, yang dikaitkan dengan legenda Pak Kaduk, sementara yang lain beranggapan ia hanyalah fenomena ilusi optik akibat pantulan awan gelap di permukaan air.
Kepercayaan terhadap ikan tapah sebagai entiti mistik semakin kuat apabila ia dikatakan memiliki bentuk seperti ular atau loch ness. Namun, ada juga yang membantah teori ini kerana ikan tapah hanya hidup di air tawar, sedangkan video itu dirakam di laut.
Sebahagian netizen lain pula menolak idea bahawa ia mahluk mistik dan berpendapat bahawa apa yang dilihat hanyalah kesan ombak beralun yang dipengaruhi cahaya dan bayang-bayang. Dengan lebih 10 juta tontonan, video ini terus mengundang perdebatan adakah ini benar-benar penampakan mahluk misteri atau sekadar permainan ilusi alam?
