Selasa, November 4, 2025

Korea Selatan Sekat AI China, DeepSeek Atas Risiko Keselamatan

Kerajaan Korea Selatan mengambil langkah tegas dengan menyekat akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) China, DeepSeek, atas kebimbangan keselamatan data.

Keputusan ini dibuat selepas menerima laporan teknikal dari pelbagai sumber mengenai potensi risiko yang dibawa oleh DeepSeek. Sekatan ini akan dikenakan ke atas komputer yang disambungkan ke rangkaian luaran, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menghalang kebocoran maklumat sensitif melalui AI generatif.

Sebelum ini, DeepSeek sudah pun disekat pada komputer kementerian luar negeri, perdagangan, dan pertahanan. Kini, Kementerian Penyatuan Korea Selatan turut bercadang untuk mengenakan sekatan sama bagi mengelakkan pendedahan data rasmi yang sulit.

DeepSeek bukan sahaja diharamkan di Korea Selatan, tetapi juga di Taiwan dan Australia atas alasan keselamatan. Di Malaysia, kerajaan masih mengkaji impak platform tersebut sebelum membuat sebarang keputusan rasmi.

Adakah langkah sekatan ini satu keperluan, atau sekadar strategi geopolitik? Apa pandangan anda?

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU