Selasa, November 4, 2025

IShowSpeed Cedera Teruk Selepas Dihumban Keluar Royal Rumble WWE!

Pempengaruh terkenal, IShowSpeed mengalami kecederaan serius selepas membuat penampilan mengejut dalam saingan Royal Rumble WWE.

Speed, yang dipanggil masuk sebagai peserta kelapan menggantikan Akira Tozawa, sempat membantu Bron Breakker sebelum dikeluarkan dari gelanggang dalam masa satu minit oleh Gunther. Lebih malang, beliau kemudian dicampak ke meja pengulas oleh Otis, menyebabkan kecederaannya bertambah teruk.

Selepas insiden itu, Speed dilihat berjalan terhincut-hincut dan mengesahkan di laman X bahawa dia tidak akan menyertai sebarang acara WWE buat masa ini.

Ini bukan kali pertama Speed mengalami kecederaan dalam WWE. Tahun lalu, dia turut dihumban ke meja pengulas oleh Randy Orton dan terpaksa memakai pendakap leher.

Kejadian ini mencetuskan reaksi netizen yang terkejut melihat bagaimana Speed terus menerima impak fizikal di gelanggang WWE.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU