Selasa, November 4, 2025

Aliff Syukri Akui Terbeban, Kos Penyelenggaraan Cecah Ratusan Ribu

Usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri, meluahkan keluhan mengenai kos tinggi yang perlu ditanggung untuk menyelenggara rumah mewahnya yang berkeluasan kira-kira 40,000 kaki persegi.

Menurutnya, dia tidak berfikir panjang mengenai kos penyelenggaraan ketika membina rumah tersebut dan kini perlu memperuntukkan ratusan ribu ringgit setahun untuk membaiki pelbagai kerosakan.

“Masa dulu seronok nak buat rumah besar, tak fikir nak maintain. Tapi bila dah duduk, baru tahu kosnya bukan sedikit, terutama bila rumah semakin lama,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Beliau turut menasihati orang ramai agar bersedia dengan kos penjagaan sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke rumah besar.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang bersetuju bahawa ramai pembeli rumah sering terlepas pandang kos penyelenggaraan jangka panjang. Dalam masa yang sama, ada juga yang memberi kata-kata semangat kepada usahawan itu, mendoakan agar rezekinya terus bertambah.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU