Isnin, November 3, 2025

TAG Perkenal Sijil Khas Untuk Buku Tulisan Manusia

Persatuan Penulis Amerika Syarikat (TAG) telah memperkenalkan sijil khas bagi mengesahkan ketulenan buku yang ditulis sepenuhnya oleh manusia. Langkah ini diambil susulan lambakan buku yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI), terutamanya melalui platform seperti Kindle dan Amazon, yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembaca.

Buku yang mendapat pengesahan akan diberikan logo khas dan disenaraikan dalam laman rasmi TAG bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan. Pada peringkat awal, pengesahan ini hanya diberikan kepada karya individu yang merupakan ahli TAG sebelum diperluaskan kepada penulis lain serta buku yang ditulis secara berkumpulan.

TAG menetapkan bahawa hanya buku yang ditulis sepenuhnya oleh manusia akan menerima pengiktirafan ini. Penggunaan AI hanya dibenarkan untuk pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja, tanpa campur tangan dalam proses penulisan sebenar. Langkah ini bertujuan untuk melindungi integriti karya sastera dan memastikan pembaca mendapat kandungan yang benar-benar dihasilkan oleh manusia.

artikel berkaitan

ARTIKEL TERBARU